Tuesday, May 25, 2010

24/05/10 - Sepetang bersama PCM Johor

Satu perjumpaan tergempar yang amat mengkagumkan dimana kawan-kawan PCM Johor telah datang untuk ber TT di Danga Bay semasa kunjungan Abangk ke Johor pada hari Isnin 24/05/10. Ada yang datang dari sejauh Muar, Batu Pahat dan Kota Tinggi semata-mata ingin berkenal mesra.

Mereka telah berkumpul dari jam 8.30 malam dan telah dimulakan dengan sesi berkenal mesra, bergambar beramai-ramai dan kemudian berkonvoi sejauh lebihkurang 5 km untuk ber TT di Restaran Anjung Seri.

Disana sedikit maklumat terkini PCM telah disampaikan oleh Abangk dan disusuli penyampaian hadiah kepada Fadzli yang baru menerima cahaya-mata pertama seorang anak lelaki.

Syabas sekali lagi untuk PCM Johor yang begitu aktif dalam menjayakan Komuniti Peugeot Johor. [Album]


No comments:

Post a Comment